Wednesday, December 23, 2009

Sahabat lama


Pada hujung minggu lepas, abi dan ummi telah ke Kuala Lumpur. Mereka ke Kuala Lumpur kerana menghadiri Konvensyen PKR di Bangunan MBSA.

Dengan izin Allah, ummi telah bertemu rakan lamanya di sana. Rakan lama ummi ialah Noridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS.

Bertemu dan berpisah lumrah kehidupan. Kesemuanya takdir yang telah Allah tetapkan. Mungkin anda juga akan bertemu dengan rakan anda yang telah lama terpisah. Tidak mustahil bukan?

Pertemuan antara kita,
Tidak pernah dirancang,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman...

Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun, Tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,
Malah, Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah persahabatan...

Perpisahan...
ternyata amat menyakitkan,
Sering kali mengundang air mata,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,
Bagaikan disentap pergi serta-merta,

Walaupun begitu, Ingatlah, sahabatku........,
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,
Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan...

Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
Insya-Allah!!!

Salam ukhwah buat semua teman!

No comments: