Saturday, September 15, 2007

Selamat menyambut Ramadhan 1428


Kepada muslimin dan muslimat seluruh dunia, Selamat berpuasa kami ucapkan. Semoga puasa tahun nie lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya.Bulan puasa kan bulan umat Islam.So,gunakanlah dengan sebaik-baiknya.Jangan nak ponteng puasa lak.Paling best,dlm bulan Puasa je kita dapat solat Terawih.Bulan lain mane dapat,beb!Ateh telah berjaya berpuasa selama 2 hari, tapi hari ke-3 kantoi....... bagaimanapun, ok lah.... .

Keluarga kami bersembahyang sunat terawih di musolla Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah,Kuala Terengganu. Jemaah di situ hanyalah kecil, tidak lebih 20, ketika pelajar-pelajar disitu pulang ke rumah masing-masing, malam ni musolla tersebut dijangka penuh kerana pelajar-pelajar akan kembali ke sekolah mereka.

Cara berbuka keluarga kami lain daripada yang lain. Keluarga kami akan menghabiskan juadah berbuka dahulu sebelum solat Maghrib, yang dilakukan secara berjamaah di teratak indah kami.

Baru tiga hari berpuasa, baju raya kami sekeluarga dah siap, kecuali Abi dan Along sahaja yang belum dibuat. Abi kata dia nok pakai baju raya tahun lepas saje...Along pulak kene pakai baju tahun lepas gak sbb lambat hantar baju raya kat tukang jahit...tukang jahit tak terima..wawawa..

Oklah, hari pertama Ramadhan 1428 h ni ummie masak ikan singgang je... hari kedua lain pulak caranya..... Nasi ayam tu! hehehehe. Hari ni ummie kata nak masok mi jawa...nak bagi anak-anak semangat berpuasa kot..apa-apa pun,thanks a lot ummie..

Ni sahajalah daripada saya, Sekian terima kasih.

No comments: