Thursday, December 24, 2009

Ke pizza hut..haha!

salam sume pembaca..
ye, ye..saya tau anda semua begitu rindukan post dari blog ni. saya juga tahu anda semua teruja untuk membaca semua kisah kat rumah ini. saya tau itu. tak perlu diberitau, saya memang sedia tahu. tak perlu risau. haha!

1st skali, memang ucapan tahniah patut diberi kepada angah yang baik hati [ye sruh tlis camtu. baik la sangat]. ape2 pon, tahniah kerana berjaya menjulang 9A PMR. yeay! dan berikutan itula kite2 ni pegi ke pizza hut.





abi-ummi
3 keping pizza sudah selamat mendarat dlm perut
muke kekenyangan..haha!
ei..gigi xdok!
"saya ada dua telinga!"


yeay!


"ish..sedapnyer."
















oh. acik dan ateh dah ade blog!

Wednesday, December 23, 2009

Sahabat lama


Pada hujung minggu lepas, abi dan ummi telah ke Kuala Lumpur. Mereka ke Kuala Lumpur kerana menghadiri Konvensyen PKR di Bangunan MBSA.

Dengan izin Allah, ummi telah bertemu rakan lamanya di sana. Rakan lama ummi ialah Noridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS.

Bertemu dan berpisah lumrah kehidupan. Kesemuanya takdir yang telah Allah tetapkan. Mungkin anda juga akan bertemu dengan rakan anda yang telah lama terpisah. Tidak mustahil bukan?

Pertemuan antara kita,
Tidak pernah dirancang,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman...

Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun, Tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,
Malah, Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah persahabatan...

Perpisahan...
ternyata amat menyakitkan,
Sering kali mengundang air mata,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,
Bagaikan disentap pergi serta-merta,

Walaupun begitu, Ingatlah, sahabatku........,
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,
Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan...

Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
Insya-Allah!!!

Salam ukhwah buat semua teman!