Friday, April 24, 2009

Sudah Terlalu lama....

Salam.... sudah terlalu lama tidak menulis dalam Lot 7711 kerana terlalu sibuk menulis di ruang-ruang lain memenuhi jadual kehidupan semasa.

Minggu lalu adalah minggu nostalgia, minggu menghimpunkan kenangan dalam kotak simpanan pemikiran.

Lebih 20 tahun yang lalu di sinilah wadahnya dimana kedewasaan itu mula memberi satu pengertian;



Pun begitu seusai tiga tahun bersama, dengan segulung kertas yang mengandungi catatan rekod akademik, pengalaman tidak membawa kesan dalam diri.

Kini masanya untuk menoleh kebelakang, berjalan atas denai ingatan, tanpa prejudis, semua objek, semua kejadian, ruang, lokasi dan manusia lelaki dan perempuan yang pernah ditemui selama lebih 20 tahun lalu adalah perasaan yang terlalu halus.

Banyak nama-nama, wajah-wajah, wadah dan peristiwa akan cuba direkodkan dalam ruang maya ini sebelum ingatan menjadi terlalu lemah, mungkin tidak berapa lama lagi.

Justeru kehidupan sebenarnya umpama mambaca sebuah kitab, semakin berjalan dalam kehidupan semakin banyak pengalaman, semakin membaca kitab semakin banyak ilmu diperolehi.... terima kasih kepada semua yang pernah berkongsi suatu masa dan ketika dalam kehidupan ini.